Pages

Monday, April 26, 2010

love note

Awak..
Saya nak cakap sesuatu pada awak...

Awak,
boleh tak kalau awak..
faham saya.. dalam apa situasi sekalipun..

bila saya main bola atau futsal,
boleh tak awak teman saya, tengok pun jadi la..

bile nak lunch or dinner,
boleh tak kalau kita pegi same-same..
tak kira la dengan kawan saya atau kawan awak..

Awak,
saya teringin habiskan masa sama2,
tapi, awak jugak kena faham yang bf awak ni, seorang yang busy..
selasa dengan rabu malam je saya tak dapat jumpa awak..
awak boleh spent time dengan saya dari khamis sampai isnin =)

Awak,
saya sokong ape saja yang awak nak buat and saya harap,
awak pun sama macam tu..

Boleh tak awak?? Thanks =)

Sweet kan??

Hurm.. ok, kita lupakan sekejap love notes tadi..

Alhamdulillah..

Bertemu lagi kita dengan final exam,
Aril mendoakan kejayaan semua rakan seperjuangan..

baik yang jauh & dekat.. mudah mudahan ilmu kita diberkati.. amin..

Ha..
Satu perkara yang sangat tak disangka..
TEATER..
yes, saya terlibat dengan teater..

sangat not me.. tapi, sebenarnya segan..
ye la, muka tak macam farid kamil mahupun zul huzaimy.. haha
suara pun tak macam anuar zain atau pakcik zain.. ( sape tu?)

huhu.. Teater pertama Sultan Mahmud Bidan terjun...

haha, sebenarnya, tak mampu nak join sebab busy with komitmen lain..
tapi, sehari sebelum teater berlangsung, sultan asal tarik diri..
nak dijadikan cerita, saya menyahut cabaran tersebut dan...\

hasilnya..
sebuah teater dan persembahan yang tak dapat dilupakan..
sorry tak dapat nak upload gambar, biase la..
internet free, tak lepas nak upload..

Yang kedua,
kisah Seorang Cinderella cun ( Aisya) yang malang kawin dengan Prince
tak berapa nak charming ( haha, guraw je) coz dalam teater tu,
prince perangai huduh..
melawan.. bak kate kak pikah, ketegaQ..
hehe..
dipendekkan cerita..

Alhamdulillah,
muka lecturer, Mr Farez berseri2..
kami jayakan pementasan tersebut..
sangat bangga.. macam ada taman dalam hati bila mr farez cakap macam tu..=)

so,
sampai sini je la..
nanti update lagi

p/s : thnx to viva (director) hehe.. dan thanks kpd kawan2,
amer, awok, aisya, ain, riby, fira, nadd, mimi, syaza, bam, fiza..
thnx for the memories =)

Saturday, April 10, 2010

back to school

Kanak kanak ibarat kain putih
kitalah yang bertanggungjawab mencorakkannya..

Aril berpeluang 'lepak' beberapa jam di kantin sekolah adik,
macam macam ragam budak yang boleh nampak..

Tapi, dah kalau mana pun budak,
waktu rehat diorang.. penuhi dengan main.. segelintir je yang makan..
Begitulah dunia mereka.. Uniform masing masing toksah kata la,
macam kain kanvas yang dilukis.. kalau hantar kat muzium kesenian,
dikatakan master peice.. penuh air coklat la, sos la..

Tapi, cuba kalau budak budak ni dah membesar skit,
baju kedut sket pun x leh.. haha..

Budak budak.. sangat naive..
tapi, ada gak dah berani tunjuk ciri future rempit dan gangster

kecik kecik dah pandai membuli
'pow' duit member..
besar nanti.. boleh jadi along yang berjaya..
cuba bayangkan jika budak budak yang naive ni tidak dibimbing..
kita akan automatis akan berjaya menghasilkan rempit,peragut,ganster dan macam macam lagi la..

Selain di atas, situasi atlet sekolah..
dari dulu lagi.. sama je semua..
bila masuk kantin, nak berlagak..
bawak bola sana sini.. pastu, tayang muka..
yang tak boleh blah, lepak sesama sendiri
pastu mengata orang lain macam diorang tu bagus gile..
manusia oh manusia..

"Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut"

renung2kan

Sunday, April 4, 2010

manusia dan chenta

Salam,
Alhamdulillah..

Bertemu lagi kita..

sedar tak sedar,
masa berlalu dengan pantas...

Kejap aje dah nak final exam..
Masing2 dah mula busy..

assignment yang menggunung,
time ni la ada test,
tetiba ada event,
macam2 lagi la..

Hurm, post kali ni,
nak cerita tentang..
ape eh?

hurm.. mulakan dengan Sikap Kita..

Manusia,

masing-masing
ada characteristic sendiri..
perasan atau tidak,
kadang-kadang..

kita cenderung tuk jadi selfish..
dan kita akan dahulukan benda yang tak penting,
dari benda yang lebih penting..

Ni yang terjadi kat aril..

Bukan ape, lecturer bagi kerja..
dan dibekalkannya bahan..

alkisahnyer..
bahan tak cukup..
so kena share..

tapi,
apa yang tak sedapnya..
semua macam sibuk baca majalah yang diorang dapat,
memang la perlu dibaca BUT sampai baca bahagian iklan dalam tu..
bukan nak siapkan dulu kerja yang diberi..

tak pasal2, group kitorang kena tunggu..
bila mintak,
cakap tengah pakai..

padahal,
diorang dah dapat dah pe yang diorang cari.. sabar aje la

aduyai..

Ok.. Kita lupakan pasal itu..

FIRST LOVE

Aril sekarang.. dah kembali bersama dengan first love aril..
dah lama tak spend time dengan die,

nak dijadikan cerita..

aril dapat luangkan masa dengan beliau..

4 April 2010..

Sayang..
dah lama tak rasa macam ni,

lepak sama-sama,
naik moto sama-sama,

panas sama-sama,
window shopping sama-sama,


yup..aril sangat happy..
kenapa la kita terputus hubungan and tak dapat spend time macam ni kan?
iye, memang you are always be with me..

TAPI,
aril rasa.. kita dah jarang spend time lelama macam dulu..
kalau ada pun,
berapa jam je..
hurm..

sayang...

hope,
we gonna spend more time throughout this year
although its gonna be quite busy,
but you are always in my heart
you are my soul..
love you forever ..
thanks dear..






nak taw sape?
PROUDLY to say it is MY dSLR CANON 1000D..
she's my first love..
hehe.. =)