Pages

Thursday, May 26, 2011

Comelnya Panda~

Hurm..
Comelnya seekor panda..
Mata gelap, bulat2..
Macam nie ha..



Comel kan kan kan??

Tapi, sekejap..
Ada mata panda yang tak comel??
ADA..!!

Mata Panda Pada Manusia,
atau nama popularnya Beg Mata, Eye Bag lahh..
iye, Masalah Eye Bag , atau lingkaran gelap bawah mata..

Contohnya, ni
Tu, bawah mata tuh...
Hahaha.. bukan3... ni contohnya,


Bawah mata tuh, nampakkan??
Okay, cukup la tengok gambar yang aryl petik dari en.Google tersebut..

Jika anda tak tahu lagi,
eye bag atau lingkaran ini akan terjadi atas beberapa sebab, 
yang utamanya 
  • tidur yang tak mencukupi 
  • Allergies
  • ketidakseimbangan hormon
  • proses penuaan
  • stress
  • over expose to cahaya matahari
  • dan tak cukup nutrien yang diperlukan
Namun begitu dalam sesetengah kes, eye bag merupakan tanda awal anda ada
masalah buah pinggang.

Okay, mesti anda mulai risau. Ya, jika masalah eye bag anda berlarutan, sila buat pemeriksaan kesihatan 
dengan kadar segera.

Oh, terlupa,
cara nak hilangkan eye bag ?

Ada, caranya ialah menggunakan cream2 yang terdapat di pasaran
cara nak dapatkan :

pergi ke farmasi berdekatan dan cakap
 "kak (ikot jantina pekerja la), nak cream kurangkan eye bag satu "
dan mungkin dia akan bagi sesuatu macam ini :
 atau  
tengok yang mana anda berkenan dan beli lah..

tapi,
aryl nak kongsi cara oldskool nak hilangkan eyebag anda

antaranya

1. Guna uncang teh (yang dah pakai)
Uncang teh yang dah digunakan te, tak kira la untuk buat teh tarik atau teh o,
yang penting uncang TEH

cara :
sejukkan uncang tersebut dalam peti sejuk selama 10 -15 minit,
kemudian tekapkan pada mata anda selama yang mungkin, atau 20 minit sekurang-kurangnya
macam ini

2. Ubi Kentang
Bukan untuk dimakan, tapi diletakkan pada mata..

Cara:
Kupas kulit kentang tersebut, sagat kentang tersebut dan buangkan jus yang berlebihan.
kemudian, hasil dari sagatan itu, letakkan dalam secebis kain untuk diletakkan pada mata
(mata tutup la). Letak selama 10-20 minit, kemudian, basuhkan kawasan mata dengan air sejuk.

3. Timun
Jus timun

Cara:
Dapatkan jus timun tersebut,
celupkan kapas (ikut suka anda berapa banyak) dan
sejukkan dalam peti sejuk selama 10-15 minit.
kemudian, seperti biasa, letakkan pada mata selama 30 minit.

Selain cara di atas,
anda juga boleh mengelakkan daripada mendapat eye bag dengan cara :

  • dapatkan tidur yang mencukupi
  • makan makanan yang tinggi dengan Kalsium, zat besi dan mineral.
  • minum campuran 1 sudu teh perahan jus lemon bersama air suam setiap pagi
  • kurangkan makanan cepat fastfood =)
okay. panjang sudah entri ini,
selamat mencuba =)

p/s ::terlintas nak buat post ini sebab awek macho ; )






No comments: