Pages

Sunday, March 31, 2013

yang kita sayang, yang itu akan hilang

sayang,
tanpa 'ng'
hanyalah saya.

sayang,
tanpa 'sa'
hanyalah yang.

cinta,
tanpa 'n',
hanya cita.

cinta.
tanpa 't',
hanya cina.

nampak?
sayang perlukan 'ng' atau 'sa'
cinta perlukan 'n' atau 't'.

mereka, saling melengkapi.
macam kita.

eh,
aku terlupa,
sekarang dah takda kita,
hanya aku dan engkau.

aku dengan hidup aku
engkau dengan hidup engkau.


Thursday, March 14, 2013

back at one

it only took a few second,
a single button,
and...
there goes everything.

and now,
im back at one,
need to start from a blank page,
scribble
all over again.
technology sucks on me this time.
i hate this
'reset to factory, setting' button.

Sunday, March 3, 2013

kita punya rasa

aku berkata pada engkau,
"engkau rindu kita?"
"kita yang mana?" kau tanya,
kita.
kita yang dulu main baling selipar,
kita yang dulu belajar cari buluh buat layang layang.

"apa masalah kau?"
"kau tak perasan ke?" aku kata..
kita sekarang bersukan pun dalam rumah
main bola dalam rumah
main tennis dalam rumah
dengan makhluk bernama PlayStation atau kotak X

aku rindu kita,
kita yang dulu kena berpeluh kalau nak main bola
kita yang dulu kena panas nak sihatkan badan
kita yang dulu, korek tanah sama2 nak main konda kondi

aku taknak
satu hari nanti,
anak cucu aku tanya, konda what?
masa tu,
dah terlambat, dah tak ada tanah nak korek,
boleh jumpa kat muzium je.

aku rindu kita.
kita.
ye, kita.



Friday, March 1, 2013

sepi

sepi
aku sendiri

sepi
aku menyanyi
tanpa bunyi

sepi
aku teriak
tanpa suara

sepi
aku terlolong
dririku lopong

sepi
aku bawa diri
.
.
sendiri lagi.