Pages

Sunday, March 3, 2013

kita punya rasa

aku berkata pada engkau,
"engkau rindu kita?"
"kita yang mana?" kau tanya,
kita.
kita yang dulu main baling selipar,
kita yang dulu belajar cari buluh buat layang layang.

"apa masalah kau?"
"kau tak perasan ke?" aku kata..
kita sekarang bersukan pun dalam rumah
main bola dalam rumah
main tennis dalam rumah
dengan makhluk bernama PlayStation atau kotak X

aku rindu kita,
kita yang dulu kena berpeluh kalau nak main bola
kita yang dulu kena panas nak sihatkan badan
kita yang dulu, korek tanah sama2 nak main konda kondi

aku taknak
satu hari nanti,
anak cucu aku tanya, konda what?
masa tu,
dah terlambat, dah tak ada tanah nak korek,
boleh jumpa kat muzium je.

aku rindu kita.
kita.
ye, kita.



No comments: