Pages

Tuesday, December 23, 2014

tinggalkan 2014 perlahan-lahan

Throwback..

2014 hampir pasti meninggalkan kita dalam masa seminggu lagi,
bersedia tak kita nak hadap 2015?

2014 yang pada aku, tinggalkan banyak memori seperti sebelum sebelumnya,
yang manis mestilah simpan,
yang pahit, dah aku campak jauh jauh.

Satu yang kita kena pegang, make sure kita jadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya,,
itu target altimet kita sebenarnya,
berjaya itu, in sha Allah berjaya lah kita hendaknya.

Selangkah kita dalam kehidupan,
kita akan tempuh benda benda baru,
sedangkan nyamuk pun liat nak mati kena ridsect.. apatah lagi kita, kita kena strive to be better, kalau nak survive dekat dunia ni.

welcome 2015.

Saturday, December 20, 2014

Rindu student life..


Pernah?

Aku yakin semua orang rasa oe pernah terlintas benda sama kan?

Masa study dulu, sibuk nak masuk working class,
nak berdikari,
nak bina kerjaya,
nak ada kereta,
nak ada rumah,
nak kawin.

Lepas habis study,
kau akan rasa satu satu tu macam unreal..!

mana silapnya?
ye, mungkin few of us yang berjaya.
but ini, aku cerita dari seorang yang masih struggle nak ada saving.

pokoknya disiplin!
kalau kau berjaya simpan duit, lepas kau tolak semua hutang wajib (study loan)
alhamdulillah, in Sha Allah kau on the right path.

ini, kalau baru tengah bulan,
kau dah cowndown bila next gaji, itu bahaya.

Bila dah kerja, komitment tinggi.

kalau bukan duduk dengan family,
kau kena fikir sewa rumah, or bilik..
yang dekat KL ni rata ratanya 3oo++.

kau kena fikir makan,
yang kalau dekat KL ni, sekali makan rm5 pun payah..
unless la kau pilih makan maggi hari-hari.

kau kena fikir commuting cost,
minyak kereta, toll, parking.. (tak termasuk tetiba kereta kau pancit tiba-tiba and what so ever).

so, commitment ni akan ada, cara kau handle je akan menentukan macam mana future kau.

oh, bila dah kerja..
separuh atau boleh kata most of hiburan kau... hilang.
nak tgk movie? kau akan rasa bosan.
nak pegi shopping? kau akan congak berapa lagi akan tinggal untuk kau survive to next gaji.

at the end of the day, you will counting numbers.

aku, rindu student life aku.


Thursday, December 4, 2014

kasut ni besar untuk aku

Kau akan jadi tak biasa ,
bila kau dah biasa dengan surrounding dan kerja yang teratur,
tiba tiba kau dapat arahan yang sangat bertentangan dengan apa kau buat.

Beban yang sebenarnya biasa bagi kau, tetiba terasa maha berat.
bila mana kau dah halfway, kau disuruh buat dari awal.

Ye, kejayaan tak datang bergolek,
belajar susah2 dulu,
tapi...
this is to far.


Tuesday, October 14, 2014

Cliche


cliché;

Lelaki main bolasepak
Perempuan main Barbie.

cliché;
Lelaki jadi boss,
Perempuan jadi secretary.

Persoalan dia, berani tak kita menentang norma,
dan pecahkan cliché  ni?


Tuesday, July 22, 2014

ada?


Ada seribu satu macam ragam
ada seribu satu macam perangai,
kau boleh pilih antara beribu yang itu,
tapi kau pilih untuk berdiam dan membisu ?

Kau ada pilihan,
kiri atau kanan,
tapi kau terus diam,
pekakkan telinga butakan mata?

Monday, July 14, 2014

Karat

Karat
Lemau
Sendu

Katalah apa pun,
semua ada.

Cuma satu,
aku masih ada.

Sama.
Masih manusia yang sama.

Sunday, February 2, 2014

kudrat

Jika ada yang mahu aku,
menulis lebih panjang,
aku tak mampu.

Jika ada yang mahu aku,
menjadi manis seperti dulu,
aku tak lagi mampu.

Kerna seingat aku,
segala manis aku, telah disia
telah dibuang,
telah aku habiskan.

Jadi, sekarang
aku masih mengumpul
segala kudrat dan semangat
untuk jadi kuat
untuk bisa bangun, melangkah dan terus berlari
setelah aku jatuh,
dan di enjak berapa kali.

Hi !

Hi.

Dua huruf,
       tapi kalau dah orang kegemaran yang ungkap,
       kesan dia lain macam beb,
lain macam..