Pages

Saturday, February 13, 2016

Jakarta

Sekitar 6 Februari - 9 Februari.

Dapat aku jejakkan kaki ke kota Jakarta.
Kalau korang rasa driving skill korang power, try driving kat Jakarta. hihi.

Okay, aku tak banyak sangat snap gambar actually, sebab pakai camera phone je kan..

Day 1.

Aku rasa, hari pertama. Banyak masa dihabiskan dalam teksi, dan atas jalanraya.

oh, try la makanan dalam flight. Sedap.
for this flight (Air Asia)- aku try nasi lemak dia.

Pak Naseer's Nasi Lemak. SIapa Pak Naseer ni masih menjadi tanda tanya.

Oh, by the way. Sebelum gerak flight tu. Aku pusing - pusing kat KLIA 2 tu, and jumpa this cafe.
aku ternampak wall of fame dia. 
Yang mana dia biar orang tampal sticky notes and, dari apa yang aku baca. Its from around the world.
Macam - macam orang, ada single traveller, couple, family and et cetera.


Okay, sambung cerita.


Sampai sampai kat Jakarta, kena amik dua teksi. Sebab 6 orang.
So, mak ayah adik last aku naik teksi lain. Aku dengan dua lagi adik aku naik teksi kemudian.
Yang tak bestnya; driver teksi aku ni acah - acah hustler tahu jalan. Sebab ayah aku nak bagi map dia takmau. And silap aku sebab tak tanya tempat nak dituju, dengan harapan driver ni boleh la follow teksi depan.

Silap. Silap besar. 
Jakarta punya jam, double intense dari KL. Orang main cucuk je tak bagi jalan, kalau skill driving kau hampeh, maka tak gerak la kau.
To cut it short, kitorang terlepas and hilang pandangan dari teksi depan. Location tak tahu, number pun tak beli lagi.
Cuma yang aku ingat, lokasi dia ialah Kelapa Gading, exact place, yilek. tak tahu!.

Sampai Kelapa Gading, aku suh je taxi drop tepi jalan.
Aku buntu, dengan passport bukan dengan aku, takleh nak contact parents aku, aku terkontang kanting dengan adik adik.
Nasib baik diberi anugerah pikir masuk mall, berdiri lah depan kedai yang ada free wifi! haha
Starbucks!. 

Dengan itu, aku dapat contact my dad, and he text me the location. Maka, berjalan kaki lah aku, sebab aku dah tanya orang sekeliling. Tempat tu tak jauh, walking distance.
Boleh nak amik taxi, tapi... ada suara kecik hasut supaya aku jalan. Dan aku berjalan lah rasanya lebih kurang 1km nak ke hotel.

sampai hotel, basah. sebab hujan. 
mandi, siap, makan, dan end of day 1.






No comments: