Pages

Tuesday, October 25, 2016

Sering terjaga waktu malam? Ini perkara yang anda harus lakukan...

Alarm Clock, Stand Up, Time Of, Sleep, Bed, Wake Up



Terjaga lewat tengah malam sangat tak best.
Kita akan rasa lesu, letih dan tak bermaya keesokannya.
Macam apa yang terjadi sekarang...

Selalunya, produktiviti hari esok akan sedikit terganggu, tapi dengan beberapa langkah mudah ni, anda tak perlu risau lagi.

1. Decide, nak terus tidur atau buat sesuatu untuk tidur.

Ini semua mentaliti, kalau kita terjaga, satu je kena buat, terus baring atas katil, tanpa buat apa-apa, atau bangun, dan buat sesuatu supaya kita mengantuk semula.

2. Lepas dah decide, apa aktiviti yang sesuai?
Petamanya, baca buku, yes. Selain merangsang sel sel otak, kita juga akan trigger rasa mengantuk. Ini aryl dapat dari baca tips tips yang ada dekat web.

3. Jangan bukak phone or laptop.
Unless you want to be productive. Selalunya, bila bukak phone, kita akan straight to socmed! Ini akan melekakan, jarang la jadi mengantuk bila bukak facebook or instagram kan...?

4. Sekiranya, anda terjaga dekat dekat waktu subuh...
Ini saya pernah cuba dan eksperimen sendiri... Apa yang saya buat ialah, saya buat sesuatu yang produktif, browse idea untuk kerja esok hari misalnya. Tapi, ini mungkin sesuai dengan saya mungkin tak sesuai dengan anda.
Hasilnya, esok pagi akan terasa lebih motivated, dari segi psikologi, kita akan rasa kepuasan yang kita dah mulakan hari kita awal daripada orang lain.

" Having imsonia is okay, tapi jangan sampai mudaratkan diri dan prestasi" - aryl,2016.