Advertisement

kapal terbang kertas


Finally.... Gambar pertama kat blog nie =)...

Kapal terbang kertas....

ye.. ada ape dengan kapal terbang kertas...

saya mengekspresikan diri sebagai kapal terbang kertas...

kenapa?

Hidup ini, kita perlukan panduan dan sokongan..
jika tiada panduan... kita akan tersesat, ibarat berjalan di dalam gelap..
jika tidak dipandukan cahaya, kita akan tersadung sesuatu..
macam tu juga kapal terbang kertas..

Perlukan balingan manusia dan sokongan angin..

Kita perlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan sehari hari..
jika tiada sokongan, kita tidak mungkin berada di tahap sekarang..
kajian menunjukkan, pesakit kanser mampu hidup lebih lama dari yang di ramalkan
sekiranya mereka mendapat sokongan dari keluarga, rakan dan orang tersayang..
contoh Lance Armstrong..

Walaupun di disah menghidap kanser testis, beliau berjaya mengharungi penyakit tersebut..
dengan berbasikal..
dan sokongan keluarganya..

Macam itu diibaratkan kehidupan kita, sehari hari..
kita saling bergantung padaNya.. tanpaNya, siapalah kita..

kapal terbang kertas...

ada juga kelemahan... tak boleh kena air..
dan tak boleh terbang jika salah lipat..

Macam tu juga hidup kita kan..
sekiranya ada sesuatu yang tak kena,
kita dapat merasa perubahan tersebut.. dan kadangkala,
segala yang dilakukan takkan menjadi..
diri kita, tak boleh terlalu tertekan..
sebab tu kita perlu pandai membawa diri..
perlu pandai mengatasi segala rintangan yang mendatang.. kita..
perlu terbang.. macam Kapal Terbang Kertas, mengikut panduan serta sokongan..


Post a Comment

0 Comments